meh meh :)

Monday, December 13, 2010

cecite cecite (sumpah lawak!)


cecite!cecite!
tu la ayat paling femes tau you all!
kompem pas korang tengok cerita ni mesti nak cakap macam tu.
tak tipu!
HAHA aku ni dok la gelak sepanjang masa dalam wayang tuh!
tah leh nak tahan tau tak!kang tahan terkentut pulokss
naye je ye dok?
tolong la tengok cerita ni!
aku bagi soplohribu bintang!
kompem pecah perut panggung sekali aku cakap!
lebih patplohjuta aku rase kutipan die nanti kalah cerita yang dok gebang kuat sangat tuh..
alaaa yang tu tu..malas nak sebut kang kena saman!AHAHA

nak tau sinopsis die?
meh aku bagi.
ni aku copy paste dari tenet ye :)

Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya,

Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah.


kalau korang tak tengok cerita ni, rugi wooo!

aku jamin hidup korang lebih ceria selepas ni *tetibe

ape lagi,cepat lah book cerita ni!

CECITE!CECITE!

AHAHAHAHAHAHHA


ok bye!


2 comments:

  1. klaka gler kan weyhh
    aku pon gelak tak benti2 dlm wayang tu
    wahahaha

    ReplyDelete
  2. haha tau takpe.aku dah tgk jumaat aritu ni baru tekedek2 nak update..narnia pun best! :)

    cecite cecite!
    hahahah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails